Benarkah Malaysia ‘Dijual’ Kepada Negara China.. Harith Iskander Bawa Analogi


ITULAH perkara yang hangat diperkatakan para netizen media sosial di negara ini. Betulkah Malaysia telah tergadai kedaulatannya kepada negara China?

Harith Iskander dalam siri video terbarunya bertajuk ‘Pe Hal Bro! Football vs Politics’ yang disiarkan di laman facebooknya ada menceritakan mengenainya.

“Kita orang cakap macam ini, macam kita orang lah expert, seolah-olah kita banker, pedagang antarabangsa, tapi bukan, hanya orang biasa. Tapi jika anda ‘economic expert’, kemudian bercakap perkara berkaitan, itu tidak menjadi masalah pada saya. Yang lain, jangan cakap pasal benda ni, macam kita tahu, sangat tahu apa pasal benda ni.

“Setahu saya dengan pengetahuan yang terhad, jumlah pelaburan China di Malaysia lebih kurang 17 ke 18 Bilion (RM). Tapi saya tahu dekat Singapura mereka yang rendah dalam 1 ke 2 Bilion kurang (dari jumlah pelaburan China ke Malaysia), tambahan pula negara mereka lagi kecil dari kita.

“Takde orang di Singapura.. Owh, Singapura telah dijual kepada China,” kata individu yang pernah dinobatkan Manusia Paling Kelakar Dalam Dunia 2016 itu di dalam videonya yang kini mencecah beratus ribu tontonan di laman facebooknya sahaja ada.

Jelasnya lagi, sepengetahuannya juga tiada negara yang menjual ‘diri mereka’ kepada China, kerana pelaburan asing di Malaysia bertumpu kepada perniagaan dan pembangunan infrastruktur.

Video tersebut juga menunjukkan sudah menjadi satu ‘trend’ ‘pakar-pakar tidak bertauliah’ yang suka mengaitkan sesuatu perkara menjurus kepada politik dan beralih pula kepada isu lain yang kadangkala tiada kaitan jika isu yang dibawa pada awalnya dapat disanggah dan dipatahkan dengan jawapan yang baik.

Sebagai contoh yang dipaparkan dalam video tersebut adalah isu pelaburan China yang dikaitkan dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sebelumnya di dalam video yang mendapat beribu-ribu perkongsian itu juga, Harith turut membawa analogi yang mudah, persamaan antara bola sepak dan politik.

Sebagai contoh, seorang peminat fanatik pasukan bola (contohnya Manchester United (MU)) pasti akan memarahi pengurus pasukan tersebut Jose Murinho dengan pelbagai kutukan dan kritikan jika pasukan kesayangan bermain tidak seperti yang mereka inginkan.

Ironinya, mereka akan mengatakan mereka lebih bagus dari Jose Murinho jika diberi peluang mengurus pasukan tersebut walhal, rekod pencapaian Jose Murinho bukan sahaja pakar menguruskan pasukan MU, bahkan pernah berkhidmat cemerlang dengan pasukan bertaraf antarabangsa seperti Porto FC, Benfica, Real Madrid.

Tetapi itulah yang terjadi, tipikal segelintir peminat pasukan bola, hanya pandai berkata semberono tetapi dalam masa ada yang tidak mengenali pun pemain-pemain di dalam pasukan yang dijadikan topik perbualannya.

Bahkan lebih sadis, muncul kategori ‘pakcik makcik bawang’ (satu istilah kepada netizen rakyat ini yang suka menyampuk apa sahaja topik yang diperbincangkan) turut memperkatakan sesuatu perkara walaupun tiada kena-mengena dan diluar dari pengetahuan dengan mereka.

Sebenarnya, apa yang hendak Harith sampaikan adalah sebagai seorang penggiat media sosial yang bertanggungjawab, netizen haruslah menyampaikan maklumat yang telah ditentukan betul dan dipastikan kesahihannya sahaja.

Dan yang penting, jangan berlagak kononnya pakar dalam segala hal!

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.